Aksi DH Cebu vs Selangor dalam saingan Shopee Cup akan berlangsung di Manila, Filipina.
Saingan Shopee Cup kembali minggu ini dengan menyajikan pilihan perlawanan yang menarik khususnya aksi melibatkan DH Cebu vs Selangor yang pastinya menjadi tumpuan ramai peminat.
Ketika ini, Selangor memimpin carta kumpulan A Shopee Cup dengan 4 mata selepas dua perlawanan hasil kemenangan ke atas Tampines Rovers dan keputusan seri berdepan Buriram United.
Kem Cebu pula tampak sebaliknya apabila kalah dalam dua perlawanan awal kumpulan di tangan Cong Anh Ha Noi dan Tampines Rovers sekaligus berada di tangga tercorot tanpa mata.
Di atas kertas, Selangor memiliki peluang besar berdasarkan rekod pertemuan lalu selepas The Red Giants menang dalam dua aksi terakhir bertemu wakil Filipina ini ketika saingan ACL Two musim lalu.
Kesebelasan Utama DH Cebu vs Selangor
Info Siaran Langsung DH Cebu vs Selangor
Tarikh: 3 Disember 2025 (Rabu)
Masa: 7 malam waktu Malaysia
Venue: Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com