Tonton aksi Svay Rieng vs JDT dalam saingan Shopee Cup secara langsung dari Phnom Penh, Kemboja.
Perlawanan ke-3 Shopee Cup menyaksikan pertemuan Svay Rieng vs JDT bakal menjadi tumpuan terutamanya buat para peminat bola sepak lokal yang mahu menonton wakil negara beraksi.
Di atas kertas, JDT dilihat miliki peluang terbaik untuk meraih 3 mata seterusnya dalam saingan kelab-kelab Asia Tenggara ini sekaligus meneruskan rekod cemerlang di kumpulan B kali ini.
Cabaran dari juara Liga Kemboja ini bagaimanapun tak boleh dipandang mudah selepas Svay Rieng kini menghuni tangga ke-2 kumpulan B hasil satu kemenangan dan satu kekalahan terdahulu.
Menurut bintang JDT, Shane Lowry, analisis pasukan dibuat terhadap keseluruhan pemain untuk membolehkan sesuatu perancangan itu dibuat menjelang aksi bertemu Svay Rieng nanti.
“Seperti yang jurulatih (Xisco Munoz) kata, kami melakukan analisis terhadap keseluruhan pasukan (Svay Rieng), bukan hanya tertumpu kepada seorang pemain,” katanya ketika sesi sidang media.
“Sudah tentu kami menghormati mereka tetapi kami juga mempunyai perancangan sendiri. Kami fokus kepada apa yang kami mahu lakukan. Ia akan menjadi perlawanan yang menarik.”
Kesebelasan Utama Svay Rieng vs JDT
Info Siaran Langsung Svay Rieng vs JDT
Tarikh: 4 Disember 2025 (Khamis)
Masa: 8 malam waktu Malaysia
Venue: Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com