Faktor pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menjadi pendorong buat Ronald Ngah Wanja menyertai pasukan itu.
Ngah bukan asing dengan sentuhan Aidil kerana pernah beraksi di bawah bimbingan beliau ketika bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Selain pengalaman kerjasama, bekas penyerang Al-Kahrbaa itu turut memuji jurulatih Singapura itu mengendalikan hubungan dengan pemain.
Ini kerana aspek pengurusan pemain yang diterapkan Aidil banyak membantu moral pemain – satu perkara yang disaksikan Ngah semasa di Kedah.
“Saya kembali ke Malaysia disebabkan seorang individu iaitu Coach Aidil. Beliau di Kedah sebelum itu dan beliau bukan saja seorang jurulatih yang bagus.
“Beliau juga seorang yang penyayang, cara dia layan pemain buat kami rasa selesa walaupun kita di tahap terendah ketika itu.
“Cara dia berfikir dan bercakap pun seperti keluarga. Dan sebab itu untuk datang ke sini semula cukup mudah bagi saya,” katanya.
Sejak kembali mewarnai Liga Malaysia (Liga M) bersama The Cats, Ngah sudah meledakkan 13 gol daripada 13 penampilan dalam semua kejohanan.
Ini termasuk tujuh gol dalam Liga Super setakat ini. Ngah berkongsi penjaring ketiga terbanyak dengan Arif Aiman Hanapi.
Mereka di belakang penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson da Silva yang menjaringkan 12 gol dan Jairo da Silva (10 gol).