Senarai Akhir Wakil Malaysia Ke BWF World Tour Finals
UltraSukan
BA Malaysia

Lima wakil Malaysia sah membawa cabaran untuk saingan BWF World Tour Finals (WTF) di Hangzhou, China.

Lima wakil tersebut ialah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Pearly Tan-M. Thinaah, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Ini selepas kelima-lima wakil Malaysia itu telah menerima undangan BWF untuk kejohanan berkenaan.

Kejohanan kali ini disifatkan istimewa buat beberapa wakil negara. Tang Jie-Ee Wei yang bersaing dalam WTF buat kali ketiga tampil sebagai juara dunia beregu campuran.

Wei Chong-Kai Wun pula berharap dapat mencipta impak menerusi penampilan sulung mereka dalam WTF.

Pearly-Thinaah pula mencipta sejarah apabila tampil sebagai pilihan utama WTF untuk acara beregu wanita. Ini selepas mereka menduduki tangga pertama Race to Hangzhou.

Undian peringkat kumpulan membabitkan wakil negara bakal diketahui pada 13 Disember ini.