Shopee Cup: JDT Masih Di Puncak, Kelab Vietnam Ada Peluang Pintas
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) masih berada di puncak kumpulan A Shopee Cup meskipun tewas kepada kelab dari Kemboja.

Aksi minggu ke-3 Shopee Cup menyaksikan JDT berkunjung ke Kemboja untuk menghadapi PKR Svay Rieng dengan misi meneruskan momentum hasil dua kemenangan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, JDT dikejutkan dengan dua jaringan di pertengahan babak pertama hasil rembatan kencang pemain tengah dan sayap Svay Rieng, Christian Roque serta Nhean Sosidan.

Tandukan Shane Lowry dan Corbin Ong di masa kecederaan babak kedua menyelamatkan JDT dari mengalami kekalahan pertama di Shopee Cup apabila bangkit mengikat kedudukan 2-2.

Keputusan seri ini mengekalkan tempat JDT masih di puncak kumpulan B dengan 7 mata hasil dua kemenangan dan sekali seri setelah 3 aksi, hanya satu mata mengatasi Nam Dinh dari Vietnam.

Nam Dinh baru menempuh dua perlawanan dalam saingan Shopee Cup musim ini dengan kemenangan kedua berjaya direkodkan ke atas kelab Myanmar, Shan United 3-0 pada Khamis.

Sementara PKR Svay Rieng pula di tangga ke-3 dengan 4 mata selepas 3 perlawanan, diekori Lion City Sailors serta Bangkok United yang seri 2-2 untuk berada di kedudukan ke-4 dan ke-5.

Wakil Myanmar, Shan United pula menghuni tangga tercorot kumpulan A tanpa sebarang mata selepas mengharungi dua perlawanan, seperti mana Lion City Sailors dan juga Bangkok United.

Terdapat 4 pasukan yang bakal melengkapkan perlawanan ke-3 pada 17 Disember hadapan dengan Bangkok United vs Nam Dinh manakala Lion City Sailors turun menentang Shan United.