3 Ciri Unik Terdapat Pada Jersi Baharu Harimau Malaya
MakanBola
Puma Malaysia

Jersi ketiga baharu Harimau Malaya keluaran Puma yang dilancarkan pada hari ini dilihat memiliki tiga ciri unik.

Hal ini dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung ciri-cirik menarik jersi ketiga skuad senior kebangsaan itu.

Pertama, jersi ini memiliki reka bentuk baharu yang simbolik. Ini kerana ia diinspirasikan daripada Harimau Malaya termasuk identiti dan sejarah bola sepak negara.

Kedua, jersi ketiga ini menggunakan teknologi penyerapan peluh DRYCELL oleh Puma. Teknologi ini membolehkan pemain kekal kering dan selesa bila beraksi di atas padang.

Ketiga, jersi ini menggunakan 95% bahan kitar semula tanpa menjejaskan sedikit pun kualitinya. Ini juga sebahagian daripada inisiatif RE:FIBRE Puma.

Menariknya, jersi ini diinspirasikan reka bentuk jersi sama yang digunakan Nike dari tahun 2012 hingga 2014.

Selain menggunakan warna biru dan merah pada bahagian kolar dan lengan baju, jersi ini turut menampilkan bendera Jalur Gemilang.

Enam pemain berpeluang menggayakan jersi ketiga ini buat kali pertama. Mereka ialah Arif Aiman Hanapi, Corbin Ong, Dominic Tan, Nooa Laine, Paulo Josue dan Ubaidullah Shamsul Fazili.