Dion Cools Cetak Gol Lagi Di J-League
MakanBola
Cerezo Osaka

Nama pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools sekali lagi bergema di bumi Jepun apabila berjaya menjaringkan gol buat Cerezo Osaka dalam aksi J-League pada Sabtu.

Cerezo Osaka turun melayani kunjungan Yokohama di laman sendiri dalam perlawanan terakhir membawa misi besar bagi menutup saingan J-League musim ini dengan kemenangan.

Khidmat Dion Cools terus menjadi taruhan jurulatih Cerezo Osaka, Arthur Papas di posisi bek kanan untuk membentuk suatu gandingan ampuh bersama 3 lagi pemain di bahagian pertahanan.

Nasib tak menyebelahi Dion Cools dan Cerezo Osaka apabila dibolosi dua gol pada minit ke-20 oleh Joao Paulo dan Hinata Ogura selang 10 minit kemudian untuk Yokohama di hadapan 2-0.

3 minit sebelum rehat, tonggak Harimau Malaya, Dion Cools berhasil merapatkan jurang menerusi satu penyudah kemas di dalam kotak penalti bagi gol pertama Cerezo Osaka pada aksi ini.

Setakat artikel ini diterbitkan, Dion Cools dan Cerezo Osaka ketinggalan 1-2 kepada Yokohama dengan aksi babak kedua bakal bermula tidak lama lagi.

Untuk rekod, ini adalah jaringan kedua peribadi Dion Cools bersama Cerezo Osaka selepas mencetak gol sulung ketika aksi bertemu Kyoto Sanga pada 28 September yang lalu.