Liga A1: Seoul Phoenix ‘Hilang’, UM Damansara Menang Percuma
MakanBola
AFL

Ketiadaan pasukan Seoul Phoenix membolehkan UM Damansara United meraih kemenangan percuma dalam aksi terbaru Liga A1.

Hal ini dinyatakan pengurusan UM Damansara United selepas pasukan Korea Selatan itu tidak hadir untuk aksi tersebut. Untuk makluman, aksi ini merupakan aksi tertunda buat kedua-dua pasukan.

“Barisan pemain dan staf Seoul Phoenix FC tidak hadir untuk aksi hari ini sekaligus menyaksikan UM-Damansara United meraih kemenangan 3-0,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pengurusan kelab turut memohon maaf kepada semua penyokong yang hadir untuk aksi berkenaan.

“Kami ingin memohon maaf kepada penyokong-penyokong yang hadir untuk perlawanan ini. Sokongan padu anda akan sentiasa dihargai,” ujarnya.

Keputusan ini menyaksikan UM Damansara United kini menduduki tangga ketujuh liga dengan 22 mata. Seoul Phoenix pula di tangga ke-11 dengan 10 mata.