Live: JDT vs Shanghai Port, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACLE
MakanBola
Alif Syazani / MakanBola

Tonton aksi JDT vs Shanghai Port secara langsung dari Stadium Sultan Ibrahim

Pertemuan JDT vs Shanghai Port menjadi tumpuan dalam aksi minggu ke-6 ACLE selepas kedua-dua pasukan alami kekalahan 0-2 dalam perlawanan terakhir mereka sebelum ini.

Di kem JDT, semuanya tampak positif dengan Xisco Munoz menaruh kepercayaan kepada pemain sedia ada dan segala persiapan yang dilakukan dalam menghadapi Shanghai Port.

“Saya bersikap positif hari ini kerana pasukan kita sangat bagus. Pasukan kita mahu cuba memberikan yang terbaik esok,” jelas Xisco Munoz ketika sidang media pada Isnin.

Manakala Shanghai Port yang baru ditabalkan selaku juara Chinese Super League buat kali ke-4 bagaimanapun hadir dengan krisis kecederaan pemain yang menimpa beberapa tonggak.

Kali terakhir mereka bertemu adalah dalam aksi ACLE musim lalu yang menyaksikan JDT bersama Shanghai Port sekadar seri 2-2 dengan dua gol Harimau Selatan dicetak oleh Arif Aiman.

Kesebelasan Utama JDT vs Shanghai Port

Info Siaran Langsung JDT vs Shanghai Port

Tarikh: 9 Disember 2025 (Selasa)
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.