Indonesia mencatatkan kekalahan di tangan Filipina dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2025.
Aksi kumpulan C menemukan juara bertahan pingat emas edisi lalu, Indonesia dan Filipina dengan The Young Azkals mahu memburu kemenangan kedua selepas mengalahkan Myanmar.
Pasukan Indonesia B-23 yang dikendalikan oleh Indra Sjafri membariskan pemain-pemain utama seperti Rafael Struick, Ivan Jenner, Muhammad Ferarri dan Donny Tri Pamungkas.
Walau bagaimanapun, skuad muda Filipina berjaya mencetak gol sebelum babak pertama berakhir hasil jaringan daripada Otu Banatao yang mengecewakan barisan pemain Indonesia.
Keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan sekaligus memberikan kemenangan kedua buat Filipina untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA.