Wan Kuzain Pulang Ke Malaysia
MakanBola
Sporting KC

Pemain berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal kini dikesan berada di Malaysia.

Nama Wan Kuzain Wan Kamal ini sudah lama meniti di bibir peminat bola sepak tempatan selepas tonggak berusia 28 tahun itu berjaya untuk mencipta nama di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, impian besar bagi melihat Wan Kuzain menyarung jersi Harimau Malaya masih belum kesampaian meskipun nama beliau sudah pernah berada dalam senarai bersedia.

Sudah 3 kali nama Wan Kuzain ini ‘melekat’ di dalam senarai bersedia Harimau Malaya dengan kali terakhir ketika ke kem latihan kebangsaan pada bulan November untuk menentang Nepal.

Hantaran terkini di laman Instastory menyaksikan Wan Kuzain sudah berada di Malaysia apabila tonggak tengah ini memuat naik foto menara Merdeka 118 yang terletak di ibu kota, Kuala Lumpur.

Kepulangan Wan Kuzain ini bagaimanapun tidak diketahui sebenarnya atas urusan apa sama ada untuk bercuti atau pun mempunyai tujuan tersendiri melibatkan hal peribadi.

Untuk rekod, Wan Kuzain mengharungi musim cemerlang bersama St Louis City 2 di MLS Next Pro 2025-26 setelah bangkit dari kecederaan yang dialami sejak tahun 2024 lalu.

Menerusi laman Sofascore, Wan Kuzain merekodkan purata 7.15 mata dalam 25 aksi yang diturunkan pada musim ini (20 sebagai pemain utama) dengan jumlah 1772 minit permainan terkumpul.

Kuzain merekodkan satu jaringan (2.35 jangkaan jaringan) selain turut mencatat dua bantuan jaringan (4.47 jangkaan bantuan gol) dan menjadi tunjang kreativiti St Louis City 2 musim ini.