Bintang muda Penang & Malaysia, Haziq Kutty terpaksa melupakan temasya sukan SEA edisi 2025 lebih awal.
Harimau Muda terpaksa akur dengan kehilangan khidmat pemain muda Penang, Haziq Kutty selepas beliau disahkan mengalami kecederaan hamstring selepas aksi bertemu Laos
Haziq Kutty diturunkan dalam kesebelasan utama ketika aksi menentang Laos tempoh hari terpaksa melupakan temasya sukan SEA edisi 2025 ini selepas disahkan mengalami kecederaan.
Sementara itu, Aliff Izwan kembali menyertai skuad Malaysia bagi temasya sukan SEA 2025 selepas mendapat pelepasan dari kelab Selangor.
Selangor melepaskan pemain tersebut untuk menyertai Harimau Muda dalam temasya sukan SEA tahun ini sejurus kemenangan ketika menentang Pulau Pinang pada Ahad lalu.
Menurut ketua jurulatih Harimau Muda, Nafuzi Zain, Aliff Izwan telah kembali menyertai Harimau Muda dan Haziq Kutty disahkan mengalami kecederaan.
“Aliff Izwan Yuslan dapat pelepasan, diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Bangkok untuk perkuat skuad B23 negara bertemu Vietnam. Namun, Haziq Kutty terpaksa melupakan Sukan SEA lebih awal akibat kecederaan hamstring,” kata Nafuzi Zain ketika di temubual sebelum aksi menentang Vietnam.
Selain itu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam turut mengesahkan perkara tersebut di laman X milik beliau.
“Aliff Izwan Yuslan dapat pelepasan, diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Bangkok untuk perkuat skuad B23 negara bertemu Vietnam. Namun, Haziq Kutty terpaksa melupakan Sukan SEA lebih awal akibat kecederaan hamstring,” kata Zulhelmi Zainal Azam di laman X milik beliau.
Harimau Muda bakal meneruskan aksi dalam temasya sukan SEA 2025 dengan menentang pasukan Vietnam di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand pada Khamis bagi menentukan juara kumpulan B.