Lion City Sailors mempunyai banyak cara untuk meraih 3 mata penuh dalam aksi bertemu Selangor pada Rabu.
Ketika ini, Selangor berada di tangga terakhir ACL 2 dengan 1 mata selepas 5 aksi Liga Juara-Juara Asia 2 musim ini.
Selangor tewas dalam ke semua aksi ACL 2 musim ini dan hanya mencatatkan keputusan seri ketika menentang Bangkok United di halaman lawan pada 26 November lalu.
Menurut Christophe Gamel, Lion City Sailors sangat bahaya dalam serangan dan mempunyai banyak cara untuk menjaringkan gol.
“Mereka sangat berbahaya dalam serangan. Mereka boleh “membunuh” sesiapa sahaja yang laju dan kuat. Mereka selalu memanfaatkan ruang di bahagian sisi, dalam kotak 6 ela & luar.”
Tambah beliau, Selangor merupakan skuad muda dan masih mempelajari cara mengadaptasi aksi di Liga Juara-Juara Asia 2.
“Kami pasukan muda, kadang masih kurang matang dalam momentum atau cara hadam perlawanan tetapi kami belajar setiap kali beraksi. Bila pemain masih muda, mereka perlu dibenarkan untuk buat kesilapan itu sebahagian darinya,” kata ketua jurulatih Selangor, Christophe Gamel ketika sidang media sebelum bertemu Lion City Sailors.
Selangor bakal berdepan cabaran wakil Singapura, Lion City Sailors dalam aksi terakhir Liga Juara-Juara Asia 2 musim ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu.