Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mendedahkan perbualan panjang dengan Natxo Insa.
Baginda berkongsi perkara ini ketika sesi soal jawab yang diadakan di Johor Bahru baru-baru ini berhubung isu semasa bola sepak tanah air dan juga arena sukan secara umum.
DYAM Tunku Ismail tertarik dengan input yang disampaikan oleh tonggak berpengalaman JDT, Natxo Insa tentang situasi semasa kelab.
“Bos, dalam situasi krisis sebegini, pasukan masih bersaing dalam kejohanan.
“Perkara pertama adalah berkenaan krisis kecederaan. Romel Morales, Arif Aiman cedera sangat dirasai dan juga Aketxe.
“Terdapat juga pemain yang digantung seperti Jon Irazabal, Hector Hevel dan juga Joao Figueiredo.
Baginda juga tidak mahu peminat setia Harimau Selatan terikut-ikut trend untuk membuat penilaian terhadap prestasi semasa kelab.
“Saya tidak suka ikut trend dan terlalu cepat menekan butang panik.
“Jangan terlalu terikut-ikut trend. Anda boleh menghukum jika kelab tidak menang apa-apa.
“Tahun lepas misalnya, JDT hanya kalah dua kali. Mana ada kelab bolah hanya kalah dua kali,” tambah Baginda lagi menerusi perkongsian Johor Southern Tigers.
DYAM Tunku Ismail tertarik dengan pandangan Natxo tatkala JDT kini menduduki tangga keenam di AFC Champions League Elite (ACLE) selain menduduki tangga teratas Liga Super.