Sukan SEA: Vietnam Layak, Nasib Malaysia Jadi Tanda Tanya
MakanBola
FA Malaysia

Nasib Malaysia untuk ke separuh akhir Sukan SEA acara bola sepak lelaki bergantung kepada keputusan lain setelah tewas kepada Vietnam pada Khamis.

Malaysia B-23 turun dalam perlawanan terakhir kumpulan B menentang Vietnam dengan kedua-dua negara memburu 3 mata untuk melayakkan diri peringkat separuh akhir Sukan SEA.

Hasrat bagi meraih kemenangan tersebut akhirnya memihak Vietnam apabila dua gol di babak pertama menerusi Nguyen Hiue Minh dan Pham Minh Phuc buatkan skuad muda negara kecewa.

Kemenangan 2-0 itu memberikan tiket ke separuh akhir buat Vietnam B-23 sebagai juara kumpulan B dengan 6 mata dan anak didik Nafuzi Zain pula akur akhiri saingan di kedudukan kedua.

Perjuangan Malaysia untuk ke separuh akhir belum berakhir selepas anak didik Nafuzi Zain masih berpeluang bagi mara selaku naib juara kumpulan terbaik namun harus menunggu keputusan lain.

Malaysia kini mengumpul 3 mata dengan perbezaan gol +1 dengan Singapura dan Indonesia dilihat sebagai pencabar untuk merebut tiket sebagai naib juara kumpulan terbaik ke separuh akhir.

Skuad muda Singapura dan Indonesia masih tanpa sebarang mata selepas satu perlawanan dengan masing-masing miliki perbezaan jaringan -2 dan -1 setelah tewas ketika dalam aksi lalu.

Singapura akan turun bertemu Thailand malam ini di Bangkok tatkala Indonesia pula berdepan misi wajib menang dengan 3 gol sekurang-kurangnya untuk memintas Malaysia B-23 buat masa ini.