Nasib Malaysia B-23 untuk ke separuh akhir Sukan SEA 2025 bagi acara bola sepak lelaki bergantung kepada dua cara ini.
Skuad Malaysia B-23 kendalian Nafuzi Zain memulakan aksi di peringkat kumpulan B dengan cemerlang apabila berhasil menewaskan Laos 4-1 dalam perlawanan pertama Sabtu lalu.
Momentun kemenangan itu tersekat apabila pasukan muda negara terpaksa akur tumbang 0-2 di tangan Vietnam pada Khamis sekaligus mengesahkan kedudukan kedua kumpulan B.
Vietnam B-23 yang menang hasil dua gol di babak pertama berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir Sukan SEA dan mengiringi Filipina yang sudah pun melayakkan diri terlebih dahulu.
Perjuangan anak-anak didik Nafuzi Zain ini bagaimanapun belum berakhir oleh kerana satu lagi tiket selaku naib juara kumpulan masih lagi terbuka bersama Indonesia B-23 dan Myanmar.
Malaysia B-23 perlu mengharapkan dua cara iaitu Indonesia dan Myanmar sama-sama seri dalam aksi pada Jumaat atau salah satu pasukan ini menang tidak melebihkan minimum 3 gol.
Ini kerana skuad muda Malaysia mengumpul 3 mata dengan perbezaan gol +1 manakala Indonesia dan Myanmar masing-masing tanpa sebarang mata dengan beza jaringan -1 dan -2.
3 negara sudah pun mengesahkan tempat di separuh akhir iaitu Thailand (juara kumpulan A), Vietnam (juara kumpulan B) dan Filipina (juara kumpulan C) dengan satu lagi slot masih tersisia.