Nilai Pasaran 3 Bintang Sabah Naik Tinggi
MakanBola
Sabah FC

3 pemain utama Sabah FC merekodkan kenaikan dalam nilai pasaran terbaharu.

Sabah dilihat berada dalam prestasi terbaik mereka ketika ini setelah merekodkan 3 kemenangan berturut-turut serta satu keputusan seri dalam 4 perlawanan terakhir yang dilalui oleh Sang Badak.

Persembahan cemerlang ini ditambah pula dengan kejayaan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA setelah berjaya menyingkirkan finalis musim lalu, Selangor dalam aksi penuh dramatik.

Rentak positif dan konsisten Sabah ketika ini dipacu dengan prestasi hebat pemain-pemain yang dilihat sudah mendapat corak permainan bagi membantu pasukan meraih keputusan cemerlang.

Hasilnya, kemas kini nilai pasaran di laman Transfermarkt telah menyaksikan beberapa pemain Sabah mencatatkan kenaikan terutamanya membabitkan 3 tonggak sandaran utama mereka.

Stuart Wilkin

Nilai pasaran semasa Stuart Wilkin dilihat meningkat kepada Euro 350,000 (kira-kira RM1.6 juta), kenaikan sebanyak Euro 25,000 yang mencerminkan peningkatan prestasi pemain itu sejak kebelakangan ini.

Fergus Tierney

Penyerang muda Sabah, Fergus Tierney, turut mencatatkan kenaikan nilai pasaran dua kali ganda kepada Euro 200,000 (sekitar RM962,000) selepas sertai Sang Badak pada awal musim.

Dean Pelekanos

Persembahan cemerlang Dean Pelekanos baru-baru ini telah menyaksikan tonggak kelahiran New Zealand ini merekodkan peningkatan nilai pasaran Euro 25,000 kepada Euro 175,000 (kira-kira RM842,000).

Ketiga-tiga tonggak utama Sabah ini dijangka bakal menjadi sandaran Sang Badak dalam aksi final Piala FA bertemu JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad jam 9 malam sepak mula.