Kenapa Indonesia Gagal Ke Separuh Akhir?
MakanBola
Timnas Indonesia

Indonesia terpaksa menelan kepahitan gagal pertahan pingat emas acara bola sepak lelaki di temasya Sukan SEA Thailand 2025 gara-gara peraturan permainan.

Acara bola sepak lelaki di Sukan SEA 2025 akan memasuki peringkat separuh akhir dengan Malaysia antara 4 pasukan yang bakal turun beraksi selain Vietnam, Thailand dan juga Filipina.

Kemaraan Malaysia B-23 ini bagaimanapun terpaksa dinanti dengan penuh debaran apabila anak-anak buah Nafuzi Zain perlu menunggu keputusan perlawanan antara Indonesia vs Myanmar.

Kedua-dua pasukan ini merupakan pencabar buat pasukan muda negara untuk merebut satu-satunya tiket ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan terbaik sebelum aksi dimulai

Perlawanan antara Indonesia vs Myanmar berakhir dengan kemenangan 3-1 memihak Sang Garuda Muda namun itu masih belum cukup untuk menghalang kemaraan Malaysia B-23.

Hal ini kerana skuad muda Malaysia berjaya menjaringkan lebih banyak gol (4 jaringan) berbanding Indonesia (3 gol) tatkala kedua-dua negara terikat mata dan perbezaan gol (+1).

Dengan kelebihan jaringan, skuad bimbingan Nafuzi Zain ini mara ke separuh akhir setelah kali terakhir ketika Sukan SEA 2021 di Vietnam yang menyaksikan Malaysia meraih tempat ke-4.

Perlawanan separuh akhir nanti bakal menemukan Thailand vs Malaysia pada Isnin, 15 Disember jam 8 malam manakala Vietnam vs Filipina akan berlangsung pada sebelah petang.