Richard Chin Bawa Berita Gembira Dari Scotland
MakanBola
Raith Rovers FC

Pemain Harimau Malaya, Richard Chin membawa khabar gembira dari Scotland.

Ini selepas Raith Rovers memaklumkan Richard kini cergas sepenuhnya dan kembali menjalani latihan bersama pasukan itu.

“Chinny kembali dalam latihan penuh,” kata kelab itu dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Berita sama turut dikongsikan Harimau Abroad.

Sebelum ini, Richard terpaksa berehat selama beberapa bulan akibat kecederaan lutut. Kecederaan itu dialami semasa menentang Arbroath.

Sebaik berita ini diketahui penyokong, ramai penyokong Raith Rovers dan Harimau Malaya merasa gembira.

Antara yang gembira dengan berita tersebut ialah bekas penjaga gol Kuala Lumpur, Fadzrin Oji Rahim. “Selamat berjaya Chinny. Dan semoga berjaya juga kepada Raith Rovers,” katanya di Facebook.

Seorang lagi penyokong bernama Rob Robertson melihat berita ini bakal memberi suntikan semangat kepada jurulatih baharu The Rovers, Dougie Imrie.

“Berita baik melihat seluruh pemain skuad secara perlahan-lahan kembali cergas,” ujarnya.

Sekiranya tiada isu, Richard berpotensi berada di bangku simpanan untuk aksi menentang Ross County pada 13 Disember.