Senarai 14 Pemain Futsal Malaysia Ke Sukan SEA
UltraSukan
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 14 pemain futsal Malaysia yang dipanggil untuk kempen Sukan SEA 2025.

Senarai 14 pemain yang dipanggil Rakhpol Sainetngam itu diumumkan di platform rasmi badan induk itu.

Majoriti pemain yang dipanggil ialah pemain yang membantu Malaysia layak ke saingan Piala Asia Futsal 2026.

Antara tonggak yang dikekalkan Rakhol ialah Awaluddin Mat Nawi, Ridzwan Bakri, Khairul Effendy Mohd Bahrin dan Syahir Iqbal Khan Akbar Khan.

Skuad futsal negara akan membuka kempen Sukan SEA dengan menentang tuan rumah, Thailand pada 15 Disember ini.

Ini disusuli Vietnam pada 16 Disember, Myanmar (17 Disember) dan Indonesia (18 Disember). Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nonthaburi.

Kempen Sukan SEA 2025 juga sebahagian daripada persiapan Malaysia menghadapi Piala Asia Futsal 2026.