Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilihat berada pada tahap terbaik menjelang aksi final Piala FA 2025.
Ini berdasarkan tinjauan terkini keadaan padang sebelum Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC berentap untuk menentukan juara.
Meskipun Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan melanda kawasan Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur, ia dijangka tidak memberi masalah kepada SNBJ.
Ini kerana SNBJ sudah memiliki sistem saliran baru untuk memastikan padang stadium tidak digenangi air.
Sistem ini sudah terbukti bukan saja untuk aksi final Piala Malaysia musim 2024/25 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC.
Malah, aksi Harimau Malaya menentang Laos dan Nepal pada Oktober dan November lalu juga tidak berdepan masalah.
Sistem saliran baru SNBJ memastikan padang tidak digenangi air untuk kesemua aksi tersebut. Ini turut dibantu dengan persiapan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memastikan stadium sentiasa berada pada tahap terbaik.
JDT berharap dapat mempertahankan gelaran juara mereka sejak 2022. Sabah pula memburu gelaran juara buat kali pertama sejak 1995.