“Jangan Ingat Sabah Pasukan Sama Di Final” – Tunku Ismail
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meminta agar berhati-hati dengan ancaman daripada Sabah FC.

Baginda dalam satu sesi soal jawab bersama penyokong di Johor Bharu baru-baru ini membincangkan beberapa perkara berhubung isu semasa bola sepak dan sukan tanah air.

Pasukan miliknya iaitu JDT bakal berentap pada aksi final Piala FA 2025-26 selepas mara ke pentas akhir dan bakal bertemu The Rhinos.

“Final jangan ingat kita boleh menang ya. Kita kalahkan Sabah di sini (Johor Bahru) berkosong-kosong.

“Jangan ingat mereka pasukan yang sama di final. Final ni macam-macam boleh berlaku,” ujarnya.

Baginda juga menuji kualiti yang dimiliki oleh para pemain Sabah FC sambil aksi final kali ini menjadi perlawanan yang dinanti-nantikan. 

“Pemain Sabah sebenarnya bagus-bagus. Hari itu yang mereka kalah itu kerana nasib tidak menyebelahi mereka.

“Pemain pun tidak semangat ketika itu kerana tidak menerima gaji,” tambah Baginda.

Pertemuan JDT vs Sabah dijadual berlangsung pada Ahad, 14 Disember 2025 jam 9.00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.