Sukan SEA: Malaysia Genggam Emas Berpasukan Sepak Takraw
UltraSukan
PSM

Malaysia akhirnya mengakhiri kemarau emas 34 tahun dalam acara regu berpasukan sepak takraw.

Ini kerana skuad negara berjaya mengalahkan musuh tradisi, Thailand di pentas final Sukan SEA 2025 untuk acara berkenaan.

Pada awalnya, Malaysia ketinggalan 0-1. Ini selepas regu pertama negara, Haziq Hairul Nizam, MNoraizat Nordin dan Amirul Zazwan Amir terpaksa akur dengan kehebatan Pornthep Thinbangbon, Phutawan Sopa dan Marukin Phanmakon.

Malaysia mempamerkan kebangkitan dengan mengikat 1-1 menerusi gandingan Syahir Rosdi, Norazlan Alias dan Farhan Adam. Mereka menunjukkan permainan mantap sebelum menewaskan gandingan Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai dan Rachan Viphan.

Regu terakhir iaitu Zulkifli Razak, Afifudin Razali dan Aidil Aiman Azwawi menjadi wira negara dengan meraih mata kemenangan. Mereka menewaskan gandingan Kritnasanapong Nontakote, Varayut Jantarasena dan Wuttinun Kamsanor.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas dalam acara regu berpasukan ialah Sukan SEA 1991 di Manila, Filipina.