Sukan SEA: Sabar-Reza Sekat Impian Emas Aaron Chia-Wooi Yik
UltraSukan
BA Malaysia

Bekas juara dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa menelan kepahitan apabila gagal meraih pingat emas Sukan SEA 2025 dalam acara beregu lelaki.

Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan beregu kelapan dunia dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutawa-Reza Pahlevi Isfahani di peringkat akhir.

Selepas menewaskan Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana di peringkat separuh akhir, beregu lelaki nombor dua dunia itu berazam menewaskan Sabar-Reza.

Ini kerana beregu Indonesia itu mengecewakan Aaron-Wooi Yik apabila kedua-dua beregu bertemu dalam aksi final berpasukan lelaki.

Set pertama menyaksikan Sabar-Reza mendahului juara Singapore Open itu pada kedudukan 11-9. Meskipun cuba dikejar Aaron-Wooi Yik, mereka menang dengan keputusan 21-14.

Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata. Walau bagaimanapun, Sabar-Reza mengungguli set kedua dengan keputusan 21-17.

Keputusan ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik terlepas peluang meraih pingat emas buat kali kedua selepas melakukannya dalam edisi 2019 di Manila, Filipina.