Tiga pemain menepati ramalan apabila cemerlang beraksi di final Piala FA 2025-2026.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan JDT kendalian Xisco Munoz menang besar dengan keputusan 5-0 ke atas Sabah FC.
Aksi itu bagaimanapun diserikan dengan persembahan mantap oleh beberapa pemain yang menjadi antara watak utama dalam pasukan masing-masing.
Antara pemain yang paling menyerlah ialah penyerang handalan JDT, Jairo Da Silva yang mengetuai jentera serangan pasukan berdepan The Rhinos.
Tonggak berusia 32 tahun ini turut merekodkan satu jaringan pada minit ke-22 untuk memastikan kemenangan besar JDT yang turut menjulang kejuaraan Piala FA kali keempat berturut-turut.
Seorang lagi tonggak yang mempamerkan aksi cemerlang ialah pemain sayap kanan, Oscar Arribas.
Gandingan pada babak pertama bersama Manuel Hidalgo banyak memberikan masalah sebelum pemain kacukan Sepanyol-Filipina ini turut merekodkan satu jaringan pada babak kedua.
Sungguhpun tewas dengan keputusan besar, usaha yang ditunjukkan oleh peledak berbisa Sabah FC, Adjin Mujagic wajar diberikan perhatian.
Tonggak berusia 27 tahun ini merekodkan lapan jaringan dalam lapan perlawanan yang diharungi selain meledak satu gol namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan pada babak pertama.
KL City bakal menjadi lawan seterusnya buat JDT pada 17 Disember 2025 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras jam 9.00 malam.