Yance Sayuri Nyaris Tumbuk Pemain Persib Bandung
MakanBola
Indosiar

Aksi liga Indonesia antara Malut United dan Persib Bandung panas susulan insiden membabitkan dua pemain kebangsaan Indonesia, Marc Klok dan Yance Sayuri.

Ini kerana terjahan pemain tengah Persib itu hampir mendorong Yance untuk menumbuk Klok. Insiden tersebut dipercayai berlaku pada minit akhir separuh masa pertama.

Walau bagaimanapun, bekas pemain PSM Makassar itu berjaya mengawal amarahnya daripada melakukan tindakan tersebut. Klok kemudiannya hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Insiden tersebut menjadi bualan penyokong Indonesia sebaik imej tersebut dimuat naik di media sosial. Antara akaun yang berkongsi gambar insiden itu ialah Timnas Xtra.

Aksi tersebut menyaksikan Persib tewas 2-0 kepada Malut United. Igor Inocencio membuka tirai jaringan buat tuan rumah.

Bekas penyerang kelab itu, Ciro Alves memastikan Persib terus dihambat Malut United di tangga keempat liga dengan gol kedua pada minit akhir babak pertama.