Selangor Panggil Semula Alex Agyarkwa
MakanBola
Selangor FC

Pemain tengah asal Ghana, Alexander Agyarkwa, sah kembali menyertai Selangor bagi baki perlawanan saingan Liga Super musim 2025–2026.

Beliau sebelum ini dipinjamkan ke Negeri Sembilan pada awal musim bagi membantu pasukan The Jangs mengharungi saingan Liga Super 2025-2026.

Namun, Alex Agyarkwa akan kembali menyarung jersi Selangor, sekali gus bakal menjadi arkitek di bahagian tengah skuad tersebut bagi baki aksi liga.

Menurut Selangor FC, pemain tengah Alexander Agyarkwa bakal kembali memperkuatkan pasukan The Red Giants selepas dipinjamkan selama enam bulan bersama Negeri Sembilan.

“Pemain tengah, Alexander Agyarkwa secara rasmi kembali ke keluarga Selangor FC selepas tamat tempoh pinjaman selama 6 bulan bersama Negeri Sembilan FC. Selamat kembali, Alex! ,” kata Selangor dalam satu hantaran di laman media sosial.

Sebagai rekod, Alex Agyarkwa menyertai Selangor pada musim 2021 selepas dibawa masuk dari kelab Liga Ghana, Accra Lions.