Setiausaha Agung FAM Cuai Hantar Dokumen Ke FIFA, Dedah IIC
MakanBola
FA Malaysia

Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) mendedahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj. Rahman cuai semasa menghantar dokumen kepada FIFA.

Pendedahan itu merupakan sebahagian daripada laporan IIC yang diserahkan pengerusi jawatankuasa itu, Tun Md. Raus Sharif kepada Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

IIC menyifatkan sebagai figura yang bertanggungjawab memantau segala aspek pentadbiran FAM, Noor Azman seharusnya lebih teliti dan memastikan dokumen yang dihantar tepat.

Kegagalan beliau berbuat demikian bukan saja disifatkan cuai oleh pihak IIC. Malah, jawatankuasa itu turut mendapati Noor Azman melanggar beberapa prosedur badan induk itu.

Sehubungan dengan itu, IIC mengesyorkan beliau dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk prosiding disiplin dalaman.

Prosiding tersebut bukan saja bertujuan sejauh mana Noor Azman teliti dari segi tugasnya atau sebaliknya. Malah, ini akan menentukan sama ada hukuman tambahan patut dijatuhkan atau sebaliknya.

Noor Azman ketika ini masih lagi menjalani penggantungan oleh FAM sejak Oktober lalu. Justeru, tugas Setiausaha Agung FAM dipangku Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram.

Sebelum ini, IIC turut menyatakan mereka gagal mengenal pasti pihak yang terlibat dalam isu pemalsuan tujuh pemain warisan negara.