Sukan SEA: Miki Ghazali Genggam Emas Muay Thai
UltraSukan
TVS

Jaguh Muay Thai Malaysia, Miki Ghazali meraih pingat emas dalam acara acara lelaki 57 kilogram (kg) Sukan SEA 2025.

Miki atau nama sebenarnya Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar berjaya menewaskan jaguh Thailand, Suphakon Sirilun di pentas final.

Selepas berjaya menewaskan wakil Laos, Thongbang Seuaphom di peringkat separuh akhir, Miki bersemangat memburu pingat emas buat Malaysia.

Meskipun berdepan Suphakon yang menerima sorakan padu penyokong di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, itu bukan halangan buat adik Johan Ghazali itu.

Pusingan pertama menyaksikan kedua-dua jaguh dilihat berhati-hati mengatur langkah. Meskipun terjatuh dalam pusingan itu, Miki terus memberi tentangan kepada Suphakon.

Pusingan kedua menyaksikan Miki berjaya menjatuhkan Suphakon. Kedua-dua jaguh terus memberi saingan sengit untuk baki pusingan kedua dan pusingan ketiga.

Pada akhirnya, itu sudah cukup buat Miki meraih pingat emas ketiga Malaysia untuk acara Muay Thai. Miki mengikut jejak Wassof Rumijam dan Yan Jia Chi yang meraih emas dalam kategori masing-masing.