Ini 3 Perlawanan Malaysia Yang Ditolak Mata Oleh FIFA
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun menerima hukuman terbaharu daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

FIFA yang telah bersidang pada 12 Disember 2025 membincangkan kes berkaitan skuad Harimau Malaya yang menurunkan pemain tidak layak.

Pasukan kebangsaan menghadapi musibah berat apabila kehilangan mata pen

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio itu mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 berikut:

1- Malaysia lwn Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei 2025 yang berkesudahan seri 1-1.

2- Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 2-1; dan

3- Malaysia lwn Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 8 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 1-0.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan tersebut.

FAM juga turut dikenakan hukuman denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).

FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA.

Keputusan ini diambil sebelum mempertimbang langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara ini.