Jurulatih Sabah, Jean-Paul de Marigny mengucapkan selamat tinggal selepas 4 bulan bersama Sang Badak.
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Jean-Paul de Marigny dalam sebuah video perpisahan yang dimuat naik di laman media sosial Sabah FC pada petang Khamis.
”Saya cuma mahu simpulkan ucapan ini dengan penuh berat hati yang saya perlu tinggalkan Sabah FC,” umum Jean-Paul de Marigny dalam video berkenaan.
”Sebab ringkasnya adalah kerana keluarga saya memanggil saya pulang,” luah pengendali dari Australia itu.
Untuk rekod, Jean-Paul de Marigny dilantik selaku jurulatih Sabah pada 13 Ogos lalu dengan pencapaian terbaik beliau adalah membawa Sang Badak ke final Piala FA musim ini.