Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mula menggerakkan usaha memperkuatkan pasukan untuk separuh kedua Liga A1 Semi-Pro.
Selepas melepaskan dua tonggak import, pengurusan Kelantan RW merekrut penyerang tinggi lampai dari Brazil, Wesley Barnaske.
“Mengumumkan ketibaan Wesley Barnaske menyertai Kelantan Red Warrior FC sempena perpindahan kedua Liga A1 Semi Pro 2025/26.
“Barnaske beraksi di posisi serangan berasal dari Brazil. Berusia 26 tahun dengan ketinggian 192cm,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Penyerang berusia 26 tahun itu pernah beraksi untuk kelab Austria, SV Absdorf dengan rekod 37 gol daripada 53 perlawanan. Barnaske juga pernah menyarung jersi kelab Malta, Gharb Rangers.
Kehadiran beliau diharap dapat membantu menampung tugas memburu gol yang digalas pemain sayap berbisa, Emmanuel Mbarga.
Mbarga ketika berkongsi penjaring gol terbanyak Liga A1 Semi-Pro dengan 13 gol bersama penyerang Selangor FC II, Abdul Rahman Daud.