Ranking FIFA: Malaysia Turun 5 Anak Tangga
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia mengalami penurunan 5 anak tangga dalam kemas kini ranking FIFA terbaharu.

Berdasarkan kemas kini ranking FIFA pada 19 Disember ini menyaksikan Malaysia kini menghuni tangga ke-121 dunia, turun 6 anak tangga berbanding kedudukan sebelumnya.

Hal ini disebabkan oleh keputusan FIFA untuk membatalkan dua kemenangan satu keputusan seri yang dicatat Malaysia sebelum ini akibat Harimau Malaya menurunkan pemain tak berkelayakan.

Harimau Malaya diisytiharkan kalah 3-0 dalam kesemua aksi terbabit beserta tambahan mata ranking yang dikutip ditolak serta-merta dan menyebabkan penurunan ranking Malaysia.

Walau bagaimanapun, Malaysia masih pasukan Asean ke-3 terbaik dalam kedudukan ranking buat masa ini di belakang Thailand dan Vietnam yang masing-masing di tangga ke-96 dan 107 dunia.

Manakala negara jiran, Indonesia mengekori rapat Malaysia dengan hanya dibezakan satu anak tangga ketika ini tatkala jurang mata yang semakin dekat antara kedua-dua pasukan.

Cabaran seterusnya menanti Harimau Malaya adalah dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 26 Mac tahun hadapan.