Dua wakil Malaysia meneruskan cabaran di peringkat separuh akhir BWF World Tour Finals (WTF) 2025.
Juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menjadi wakil negara pertama layak ke separuh akhir.
Meskipun tewas kepada wakil China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping dalam aksi terakhir dalam Kumpulan B, Tang Jie-Ee Wei layak selaku naib juara kumpulan.
Beregu wanita nombor dua dunia, Pearly Tan dan M. Thinaah mara selaku juara Kumpulan A. Ini kali pertama mereka mara ke separuh akhir dalam empat penampilan WTF.
Meskipun tewas kepada Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dalam aksi terakhir kumpulan, kedudukan mereka sebagai juara kumpulan sukar dicabar beregu Jepun itu.
Cabutan undi untuk lawan di peringkat separuh akhir akan dibuat selepas perlawanan terakhir kumpulan.