Malaysia Rangkul Gangsa Futsal Di Sukan SEA
UltraSukan
FA Malaysia

Malaysia berjaya merangkul pingat gangsa bagi acara futsal lelaki di Sukan SEA 2025 Thailand.

Acara futsal lelaki di temasya Sukan Sea kali ini dijalankan secara round-robin dengan Malaysia dijadualkan bertemu tuan rumah, Thailand dalam perlawanan pertama pada Isnin lalu.

Ternyata, Thailand yang juga pasukan di ranking ke-11 dunia bukanlah lawan yang sepadan untuk Malaysia selepas skuad negara terpaksa akur tewas 7-1 di hadapan penyokong Gajah Putih.

Kebangkitan mula dijelmakan oleh anak-anak didik Rakhpol Sainetngam pada aksi kedua dengan kemenangan bergaya 4-2 ke atas Vietnam untuk Malaysia meraih 3 mata pertama.

Momentum tersebut diteruskan lagi oleh skuad futsal negara dengan kemenangan 8-1 ke atas Myanmar dan mencerahkan peluang Malaysia memperoleh pingat di temasya dwitahunan ini.

Impian Malaysia menutup aksi dengan 3 mata tidak tercapai apabila tumbang 2-1 kepada Indonesia, membuatkan skuad futsal negara perlu menunggu keputusan pada hari terakhir perlawanan.

Aksi terakhir round robin menemukan Thailand dan Indonesia yang dimenangi oleh Timnas Garuda dengan keputusan 6-1, sekaligus membawa pulang pingat emas dan perak milik tuan rumah

Keputusan dua-dua negara itu juga membolehkan Malaysia merangkul pingat gangsa untuk kali pertama dalam sejarah temasya ini diadakan selain pernah memenangi dua pingat perak sebelum ini.