Mio Tsuneyasu Teruja Kekal Bersama Negeri Sembilan
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Pemain import Jepun, Mio Tsuneyasu mengakui teruja kerana dapat kekal bersama Negeri Sembilan FC sehingga akhir musim 2025/26.

Sebelum ini, pengurusan Sang Rusa memaklumkan tempoh pinjaman pemain berusia 24 tahun itu dilanjutkan sehingga akhir musim ini.

Ini selepas satu persetujuan telah dicapai antara Negeri Sembilan dan kelab Tsuneyasu, Gainare Tottori baru-baru ini.

Anak jati Tokyo itu berharap dapat menambah baik rekod jaringan dan bantuan gol bersama Negeri Sembilan. Ini kerana ini dapat membantu pasukan itu meraih lebih banyak keputusan positif.

“Sudah tentu saya bersyukur kerana kelab masih mengalu-alukan khidmat saya di sini dan mahu terus berikan yang terbaik kepada pasukan ini.

“Jumlah gol dan hantaran saya setakat ini masih rendah dan misi saya adalah untuk perbaiki kelemahan yang ada dalam baki perlawanan yang masih ada sekaligus bantu kelab mencapai sasaran berada di tiga terbaik liga selepas ini,” katanya.

Tsuneyasu merekodkan empat gol dan satu bantuan gol dalam 14 penampilan bersama Sang Rusa setakat ini.