Pearly Tan-Thinaah Tewas Di Separuh Akhir World Tour Finals
UltraSukan
MSN Malaysia

Beregu wanita nombor satu Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah terlepas peluang mara ke final BWF World Tour Finals (WTF) 2025.

Pearly-Thinaah kecundang di tangan beregu Jepun, Yuki Fukushima dan Mayu Matsumoto di peringkat separuh akhir WTF.

Aksi ini memberi peluang kepada beregu negara membalas dendam terhadap Fukushima-Matsumoto. Ini kerana beregu wanita kelima dunia itu mengalahkan Pearly-Thinaah di peringkat kumpulan.

Fukushima-Matsumoto meraih kemenangan dengan keputusan 21-15, 16-21, 21-19. Justeru, Pearly-Thinaah memiliki motivasi tambahan untuk aksi ini.

Set pertama menyaksikan kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata. Walau bagaimanapun, Fukushima-Matsumoto memenangi set pertama dengan keputusan 21-19.

Set kedua menyaksikan Pearly-Thinaah cuba bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Fukushima-Matsumoto kekal tenang sebelum menang dengan keputusan 21-

Wakil Jepun itu akan menentang sama ada Baek Ha-na-Lee So-hee atau Liu Sheng Shu-Tan Ning di peringkat akhir.