Bekas penjaga gol Sri Pahang FC, Mamadou Samassa berpeluang membuat penampilan dalam saingan Kejohanan Negara-Negara Afrika (AFCON).
Ini kerana beliau dinamakan dalam skuad akhir Mali yang akan beraksi dalam Kumpulan A AFCON. Mali akan berentap dengan tuan rumah, Maghribi, Comoros dan Zambia.
Penjaga gol berusia 35 tahun itu akan bersaing dengan Djigui Diarra dan Ismael Diawara untuk slot penjaga gol utama.
Ini dijangka merumitkan perancangan bekas jurulatih Filipina, Tom Saintfiet untuk merencana kesebelasan terbaik Mali menentang Zambia pada 22 Disember ini.
Nama Samassa bukan asing dalam kalangan penyokong skuad Tok Gajah. Ini kerana beliau pernah mewakili pasukan itu pada musim 2022.
Meskipun begitu, Samassa hanya bertahan selama semusim susulan prestasi kurang konsisten dalam Liga Malaysia (Liga M).
Beliau beraksi sebanyak 26 perlawanan, dibolosi sebanyak 43 kali dan merekodkan rekod tanpa bolos sebanyak tujuh kali untuk Sri Pahang.
Selepas tidak bersama Tok Gajah, Samassa kembali ke Perancis dan menyertai Stade Laval pada 2023.