Pemain Liga Jepun Dalam Radar Negeri Sembilan
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Negeri Sembilan FC dijangka membawa pemain yang beraksi di liga Jepun bagi memperkuatkan pasukan itu dalam tetingkap kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M).

Perkara ini disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus apabila ditanya tentang pemain baharu yang akan menyertai pasukan itu.

Faliq memaklumkan beberapa pemain kini dalam radar pasukan itu. Identiti mereka akan diumumkan beberapa hari selepas aksi liga antara Sang Rusa dan Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC).

“Akan ada penambahbaikan pasukanlah. (Pemain baharu) terutama pemain Jepun (yang beraksi) di J-League.

“Kita tunggu nak umum saja. Selepas perlawanan (menentang) Kelantan (TRW) nanti, beberapa hari selepas itu, kita akan umum,” katanya seperti dilaporkan Oh! Media.

Faliq melihat pemain-pemain ini dapat membantu Negeri Sembilan memburu kelompok lima teratas liga musim ini.

“Dan kita sudah kenal pasti apa masalah pasukan. Pengerusi (Menteri Besar Negeri Sembilan) pun setuju.

“Kita nak pergi ke kelompok lima terataslah, sekurang-kurangnya (untuk musim 2025/26). Jadi, kita kena usaha lagi untuk capai sasaran itu,” ujarnya.

Keperluan Negeri Sembilan untuk memperkuatkan pasukan itu semakin kritikal selepas Alex Agyarkwa kembali ke pangkuan Selangor FC.

Agyarkwa pada awalnya menyertai Sang Rusa secara pinjaman selama semusim. Walau bagaimanapun, pemain tengah Ghana itu kembali dipanggil Selangor untuk baki kempen liga baru-baru ini.