Malaysia mengakhiri tahun 2025 dengan kedudukan ranking yang lebih baik berbanding negara jiran, Indonesia.
Ini berdasarkan kemas kini ranking yang dikeluarkan FIFA baru-baru ini. Malaysia mengalami penurunan sebanyak lima anak tangga dan menduduki tangga ke-121 dunia.
Harimau Malaya berada satu anak tangga di hadapan Indonesia yang menghuni kedudukan ke-122 dunia.
Dua pasukan terbaik ASEAN, Thailand dan Filipina memiliki nasib berbeza. Skuad Gajah Perang jatuh satu anak tangga dan menghuni tangga ke-96 dunia.
Vietnam pula terus berada dalam kelompok 110 pasukan terbaik dunia. Mereka kini di tangga ke-107 dengan memintas Lubnan, Comoros dan Niger.
Filipina melengkapkan kelompok lima pasukan terbaik Asia Tenggara dengan menghuni tangga ke-136. Singapura pula mendaki ke tangga ke-148 sekaligus memintas Yaman.