Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan drastik dengan melakukan laporan polis pada Rabu.
Dapatan daripada pihak Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) menyarankan agar FAM membuat laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen 7 pemain warisan Harimau Malaya.
Saranan tersebut disambut oleh Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi dengan memaklumkan laporan akan dibuat dalam masa terdekat ketika ditemui di sidang media beberapa hari lalu.
”Saya kira dalam laporan IIC pun menekankan supaya FAM buat laporan polis untuk memberi ruang kepada pihak polis melakukan siasatan penuh tentang kes ini.”
”Sudah tentu kita akan buat dalam waktu terdekat mungkin dalam 2-3 hari ini untuk membuat laporan polis,” ujar Datuk Wira Yusoff Mahadi pada Isnin lalu.
Makluman terkini mendapati delegasi FAM yang diketuai oleh Datuk Wira Yusoff Mahadi hadir ke salah sebuah balai polis di Lembah Klang bagi membuat laporan pada Rabu berhubung isu ini.
Datuk Wira Yusoff Mahadi yang ditemui selepas melakukan laporan berkata, pihak FAM telah melunaskan tugas seperti yang disarankan dan kini terpulang kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.
“FAM mengikut saranan oleh IIC untuk membuat laporan polis secepat mungkin dan kita baru sahaja selesaikannya.”
“Segalanya terpulang kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Siasatan ini berhubung dengan pemalsuan dokumen.”
“Saya jangkakan selepas ini pihak polis akan memanggil semula untuk sesi soal jawab. Biasanya kes ini akan dibawa ke Jenayah Komersial.
Berkenaan berita yang tular mengenai denda oleh AFC baru-baru ini, beliau menjelaskan bahawa khabar angin tersebut hanyalah jangkaan selepas melihat hukuman yang diberikan oleh FIFA.
Hukuman sebenar akan diumumkan oleh AFC sebaik sahaja keputusan rayuan di CAS diberitahu dengan tindakan wajar bakal diambil
“Itu hanyalah jangkaan orang ramai (pemotongan mata dan denda AFC). AFC juga sudah membuat kenyataan bahawa mereka menunggu keputusan CAS sebelum mengambil tindakan sewajarnya.
“Andaian orang ramai susulan keputusan FIFA mengisytiharkan kekalahan 3-0 bagi tiga perlawanan persahabatan. Jadi, orang ramai menganggap perkara sama akan berlaku