Faliq Firdaus: Jovan Motika Kekal Di Negeri Sembilan
MakanBola
Negeri Sembilan FC

CEO Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus memaklumkan pemain sayap Bosnia-Herzegovina, Jovan Motika kekal bersama pasukan itu.

Hal ini dinyatakan beliau apabila ditanya status pemain berusia 27 tahun itu bersama Sang Rusa.

Sebelum ini, ramai penyokong Negeri Sembilan tertanya-tanya tentang status Motika. Ini selepas beliau menaikkan kenyataan ringkas di Instagram Story, “Kali terakhir.”

Ramai penyokong Sang Rusa bimbang pasukan itu akan kehilangan seorang lagi tonggak pada pertengahan musim.

Faliq kemudiannya memaklumkan Jovan akan terus kekal bersama pasukan itu. Malah, beliau turut menjelaskan maksud di sebalik kenyataan bekas pemain KL City FC itu.

“(Jovan Motika) masih (kekal di Negeri Sembilan). Semalam perlawanan terakhir dia untuk 2025,” katanya di X.

Negeri Sembilan kini mengalihkan fokus untuk memperkuatkan pasukan dalam tetingkap perpindahan Januari 2026.

Pasukan itu dilaporkan akan merekrut pemain dari liga Jepun bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.