PDRM Ambil Dua Keterangan Kes Dokumen Pemain Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Susulan isu 7 pemain warisan Harimau Malaya baru-baru ini, dua individu dipanggil oleh PDRM bagi memberi keterangan.

Pada Rabu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyahut saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) untuk membuat laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen 7 pemain warisan ini.

“FAM mengikut saranan oleh IIC untuk membuat laporan polis secepat mungkin dan kita baru sahaja selesaikannya.”

“Segalanya terpulang kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Siasatan ini berhubung dengan pemalsuan dokumen.”

“Saya jangkakan selepas ini pihak polis akan memanggil semula untuk sesi soal jawab. Biasanya kes ini akan dibawa ke Jenayah Komersial,” ulas Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Memetik laporan Stadium Astro, pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut peruntukkan undang-undang sedia ada dan telah mengambil keterangan yang tidak didedahkan identiti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan (pemalsuan) untuk tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Dan, setakat siasatan berjalan, dua keterangan sudah diambil, namun tidak didedahkan siapa,” lapor Stadium Astro.