Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) menjatuhkan denda sebanyak AS$5,000 (RM20,000) kepada skuad kebangsaan Mesir.
Wartawan sukan terkenal, Micky Jnr melaporkan tindakan tersebut diambil kerana pemain dan staf pasukan itu tidak berkomunikasi dengan media semasa berada di zon campuran.
Tindakan pemain dan staf pasukan Mesir yang berlalu tanpa menjawab soalan media dianggap melanggar kewajipan media yang ditetapkan CAF.
Insiden ini berlaku selepas aksi Kumpulan B Kejohanan Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 antara Mesir dan Zimbabwe baru-baru ini.
CAF turut memberi amaran bakal mengambil tindakan lebih tegas terhadap Mesir. Tindakan itu akan diambil seandainya perkara sama berulang selepas aksi menentang Afrika Selatan.
Mesir membuka kempen AFCON 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan Zimbabwe 2-1. Omar Marmoush dan Mohamed Salah mencetak nama sebagai penjaring buat Mesir.