Bekas Bintang JDT Muncul Juara Di China
MakanBola
LTFC/JST

Bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Takahiro Kunimoto menjadi sebutan di China baru-baru ini.

Ini kerana pemain tengah berusia 28 tahun itu membantu kelabnya, Liaoning Tieren muncul juara China League 1.

Kejayaan itu menyaksikan mereka akan bersaing dalam saingan Chinese Super League (CSL) buat kali pertama dalam sejarah pasukan itu.

Kunimoto turut menyumbang kepada kejayaan Liaoning Tieren dengan menyumbat lapan gol dan 15 bantuan gol dalam 29 penampilan liga musim ini.

Ini menjadikan trofi ini sebagai trofi terbaru dalam koleksi pemain Jepun itu. Sebelum ini, Kunimoto pernah memenangi Liga Super, K-League 1 dan Korean FA Cup.

Bekas pemain Jeonbuk Hyundai Motors itu menyertai Liaoning selepas meninggalkan JDT pada Oktober 2024. Sejak itu, Kunimoto merekodkan 55 penampilan, sembilan gol dan 25 bantuan gol.