Cerezo Osaka Beri Isyarat Masa Depan Cerah Dion Cools
MakanBola
J League International

Cerezo Osaka memberi isyarat Dion Cools bakal memiliki masa depan cerah bersama pasukan itu.

Hal ini dinyatakan Cerezo selepas berkongsi statistik kapten Hariamu Malaya itu di platform rasmi mereka.

Selepas menyertai kelab itu pada Jun lalu, Cools merekodkan 14 penampilan, dua gol dan satu bantuan gol.

“Musim pertama pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools bersama Cerezo Osaka. Dua gol dan santu bantuan gol, itu yang dilakar beliau pada musim lalu.

“Lebih banyak lagi pada musim-musim mendatang,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Meskipun hanya bersama Cerezo pada pertengahan musim, Cools membuktikan beliau mampu bersaing di pentas liga utama Jepun itu.

Ini turut membantu beliau mempamerkan aksi mantap bersama Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Sentuhan Cools juga dijangka ditagih Peter Cklamovski untuk misi skuad negara menentang Vietnam pada Mac 2026.