Kedah FA ‘Sambar’ Slot Terakhir Ke Piala Malaysia
MakanBola
PBSK

Kedah FA mengesahkan slot terakhir Piala Malaysia musim ini selepas mencatat kemenangan ke atas Seoul Phoenix dalam aksi minggu ke-15 Liga A1.

Kelab berkenaan turut seiring langkah Perak FA dan UM-Damansara United yang telah mengesahkan kemaraan lebih awal ke Piala Malaysia.

Kedah FA mengesahkan kemaraan ke Piala Malaysia apabila berjaya mengukuhkan kedudukan dalam kelompok lima teratas saingan Liga A1 setakat ini.

Perkara ini berikutan saingan Piala Malaysia hanya membabitkan 13 pasukan Liga Super serta tiga pasukan terbaik pusingan pertama Liga A1.

Pasukan Selangor II dan JDT II telah disahkan tidak menyertai Piala Malaysia musim ini kerana memegang status sebagai pasukan ‘feeder’.

Piala Malaysia musim ini akan membuka tirainya pada Januari depan sebelum berakhir pada Mei 2026.