Peluang Selangor untuk melangkah ke pentas kejuaraan di Asia diramal meningkat pada 70 peratus sementara Terengganu masih tipis.
Skuad kendalian Christophe Gamel terus mempamerkan aksi yang amat memberangsangkan selepas menundukkan Melaka FC dengan keputusan 3-0 pada aksi Liga Super 2025-26 untuk merekodkan kemenangan kelapan musim ini.
Gergasi Merah Kuning kini melonjak ke tangga ketiga liga dengan 25 mata – terikat dengan dua lagi pasukan iaitu Kuching City FC dan Kuala Lumpur FC dengan mata sama.
Sementara itu, juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengungguli tangga tertas liga dengan 36 mata hasil 12 kemenangan berturut-turut.
Laman Footy Rankings memberikan ramalan berkenaan peluang kelab di Loga Super untuk mara ke pentas kejuaraan di Asia.
JDT dilihat berada pada posisi selesa dengan 100 peratus peluang untuk melangkah ke pentas Asia dengan Selangor FC menjadi pasukan kedua dengan peluang terbesar mara dengan 69 peratus.
Dua lagi pasukan iaitu Kuala Lumpur City diramal berpeluang sekitar 18 peratus sementara Kuching City memiliki peluang sekitar 13 peratus.
Beberapa pasukan bereputasi besar seperti Terengganu dan Sabah dilihat memiliki peluang tipis untuk mara ke pentas Asia berdasarkan prestasi semasa pasukan.
“Berdasarkan perubahan unjuran Asia, Selangor meningkatkan peluang mereka sebanyak tujuh peratus, manakala KL City menyaksikan peluang mereka turun 4 peratus.
“Kuching City pula mencatat penurunan satu peratus, Terengganu kehilangan dua peratus peluang.
“Situasi ini menyaksikan Selangor kekal sebagai pasukan pilihan untuk mengiringi JDT beraksi di pentas Asia musim hadapan,” ujar Footy Rankings.
Pada musim ini, JDT dan Selangor menjadi wakil Malaysia pada pentas AFC Champions League Elite(ACLE) dan AFC Champions League Two (ACL2) selain ACC Shopee Cup.