Nasib Wan Kuzain Masih Tergantung
MakanBola
St. Louis City 2

Nasib pemain tengah Amerika-Malaysia, Wan Kuzain masih tergantung.

Tonggak berusia 27 tahun itu menghabiskan sebahagian besar kariernya di Amerika Syarikat dan telah beraksi buat kelabnya, St Louis City 2 di MLS Next Pro sejak tahun 2022.

Beliau telah tampil dalam 23 perlawanan pada musim ini, merekodkan satu jaringan dan dua bantuan gol dalam semua perlawanan.

Tonggak versatil kelahiran Carbondale, Illinois itu menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Jack Hackworth yang boleh beraksi pada beberapa posisi seperti pemain tengah menyerang dan pemain sayap.

Walau bagaimanapun, menerusi satu kenyataan kelab St Louis City 2, Kuzain dilaporkan menjadi salah seorang pemain yang tidak bakal tamat kontrak bersama kelab.

“St. Louis CITY2 telah mengumumkan keputusan senarai pemain penghujung musim menjelang saingan MLS NEXT Pro 2026.

“Seramai lapan pemain bakal meninggalkan pasukan selepas kontrak mereka tamat iaitu Dida Armstrong, Ryan Becher, Cam Cilley, Lucas Demitra, Larsen Hackworth, Matteo Kidd, Wan Kuzain dan Gabriel Mikina.

“Pada masa sama, kelab tidak mengaktifkan opsyen lanjutan kontrak bagi musim 2026 untuk Emil Jääskeläinen dan Colin Welsh. Bagaimanapun, Welsh ketika ini masih dalam rundingan bersama kelab berhubung kemungkinan kembali bersama St. Louis CITY2 pada musim 2026,” ujar kenyataan kelab.

Situasi ini membolehkan Kuzain meneliti beberapa pilihan dengan kemungkinan Liga Super Malaysia bakal menjadi salah satu destinasi pilihan.