Arena bola sepak Malaysia mencatat pencapaian gemilang sepanjang tahun 2025.
Skuad bola sepak Harimau Malaya yang diterajui Peter Cklamovski masih belum tewas sepanjang tahun 2025.
Malah, pasukan itu turut mencipta beberapa kejutan termasuk menewaskan Vietnam dan Palestin. Malah, skuad negara turut menerajui Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 dengan 15 mata.
Malaysia turut merekodkan kemenangan 100% dalam Kumpulan F. Bintang Selangor FC, Faisal Halim menjadi penjaring terbanyak kumpulan kelayakan dengan tiga gol.
Selepas kecewa gagal layak ke Piala Asia B-23 2026, skuad Malaysia B-23 bangkit dengan meraih pingat gangsa Sukan SEA 2025.
Meskipun berdepan kekangan termasuk masalah kecederaan, itu bukan penghalang buat anak buah Nafuzi Zain meraih pingat gangsa buat kali pertama sejak edisi 2005.
Penyerang KL City FC, Haqimi Azim Rosli menjadi penjaring terbanyak Malaysia B-23 dengan dua gol.
Tahun 2025 turut menjadi saksi kecemerlangan futsal untuk tahun 2025. Malaysia meraih gangsa buat pertama kalinya dalam edisi 2025 di Thailand.
Walaupun berdepan pasukan-pasukan yang memiliki ranking FIFA yang lebih baik, itu tidak menghalang anak buah Rakhpol Sainetngam mencipta kejutan.
Ini termasuk kemenangan 4-2 ke atas Vietnam dan membelasah Myanmar 8-1. Ini memastikan Malaysia meraih pingat buat kali pertama sejak edisi 2017.
Selain itu, ini dilihat persiapan terbaik anak buah Rakhpol menjelang Piala Asia Futsal 2026.
Sentuhan jurulatih Thailand itu tidak terhenti di situ saja. Rakhpol turut membimbing skuad futsal Malaysia B-19 meraih tempat ketiga ASEAN Futsal Cup B-19.
Walaupun ini dilihat medan untuk meraih pengalaman di peringkat antarabangsa, skuad negara melepasi sasaran layak ke separuh akhir.
Malah, Malaysia B-19 turut memberi tentangan sengit kepada semua lawan mereka termasuk tuan rumah, Thailand. Pada akhirnya, tempat ketiga menjadi milik skuad negara dengan mengatasi Vietnam.